Tampilkan postingan dengan label bantuan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bantuan. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 08 Maret 2014

DAP Bantuan Putrajaya bukti Syabas punca masalah air


February 04, 2013
Pua berkata bantuan-bantuan seperti itu adalah jelas menunjukkan kegagalan Syabas menguruskan sumber air negeri. – Gambar fail
 
KLUALA LUMPUR, 4 Feb—Bantuan tambahan sebanyak RM120 juta kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) oleh kerajaan Pusat membuktikan krisis air di Selangor adalah berpunca daripada kegagalan Syabas menyelenggara infrastuktur mereka, kata Tony Pua hari ini.

Ketua Publisiti DAP Kebangsaan itu dalam satu kenyataan hari ini menegaskan, masalah air yang berlarutan sejak berbulan lamanya di negeri terkaya itu bukanlah berpunca daripada kekurangan bekalan air mentah, sebaliknya ketidak upayaan Syabas menyelenggara kilang rawatan air mereka, termasuk membaiki paip lama yang rosak.

“Ia membuktikan krisis itu berpunca daripada kegagalan Syabas mengurus dan menyelenggara loji rawatan air mereka, membina takungan air terawat tambahan, termasuk memperbaiki dan mengantikan paip lama dan usang,” kata Tony Pua.

“Dengan RM120 juta bagi tujuan itu, ia menunjukkan krisis air itu boleh dielakkan jika Syabas melabur dana sendiri bagi tujuan tersebut,” kata ahli Parimen Petaling Jaya Utara itu lagi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hujung minggu lalu mengumumkan bantuan sejumlah RM120 juta kepada Syabas, walaupun syarikat pengurursan bekalan air itu sebelum ini telah menerima peruntukan sebanyak RM606 juta.

Pua turut menegaskan kedua-dua kerajaan negeri dan Pusat tidak mempunyai tanggungjawab untuk memberikan bantuan kewangan kepada Syabas bagi menaik taraf infrastruktur mereka seperti terkandung dalam perjanjian konsesi air.
“Bantuan RM120 juta kepada Syabas bukanlah geran daripada kerajaan Pusat untuk membantu rakyat di negeri ini, tetapi skim untuk ‘bail-out’ Syabas.”

Beliau menjelaskan, setakat ini kerajaan Pusat telah memberikan pinjaman mudah tanpa faedah kepada Syabas sebanyak RM320.8 juta dan tempoh dilanjutkan sehingga 20 tahun pada 2009, tambahan 20 tahun daripada RM110 juta pinjaman pada Oktober 2011, dan kemudiannya mengambil alih bond Syabas bernilai RM2.9 bilion.

“Sehingga ke hari ini, kementerian tenaga, teknologi hijau, dan air Datuk Peter Chin belum memaklumkan sama ada Syabas telah membayar walau satu sen pun daripada RM2.9 bilion bond itu. “Daripada jumlah itu, kerajaan BN (Barisan Nasional) telah memberikan ‘bail-out’ kepada Syabas sehingga mencecah RM3.41 bilion,” tegas Pua.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim  semalam berkata bantuan RM120 juta yang diumumkan Najib itu tidak akan menyelesaikan krisis air yang melanda negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) itu.

Tambahnya, bantuan-bantuan seperti itu adalah jelas menunjukkan kegagalan Syabas menguruskan sumber air negeri, yang mana pengambil alihan syarikat pemegang konsesi itu oleh kerajaan negeri merupakan langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut air di Selangor.
Khalid juga sebelum ini mengumumkan kerajaan negeri pimpinannya akan membeli Syabas dan syarikat konsesi air yang lain di negeri itu bagi meneruskan polisi air murah.

ReadFull Article ..

Jumat, 20 Desember 2013

Diugut tarik semula bantuan

Masalah ketiadaan bekalan air bersih dan tandas sempurna yang dihadapi Kembang serta dua anaknya bakal berakhir apabila Pejabat Kesihatan Dungun sedia mencari jalan penyelesaian.


Keratan akhbar Sinar Harian yang melaporkan kesusahan hidup Kembang, 5 November lalu.

Amizan (kanan) sedang menyemak dokumen Kembang ketika mengadakan kunjungan ke rumah ibu tunggal itu di Kampung Delong, pagi kelmarin.

DUNGUN - “Bila kisah mak cik keluar di Sinar Harian, ramai yang datang hulur sumbangan, tapi ada juga yang datang marah mak cik, mereka ugut nak tarik semua bantuan sebab dia kata mak cik cerita tak betul dalam surat khabar."

Demikian luah Kembang Mohamad, 52, ibu tunggal empat anak yang hidup dalam kesempitan di rumah peninggalan bekas suaminya, dekat sini.

Kisah sedih Kembang bersama dua anaknya, Intan Shafiqah, 11, dan Intan Shahirah, 13, disiarkan akhbar ini 5 November lalu.

Rentetan daripada itu, pelbagai pihak tampil membantu, namun tidak kurang yang ‘panas punggung’ apabila sanggup memarahi Kembang kerana mendakwa ibu tunggal itu menyembunyikan fakta sebenar dan mendedahkan cerita kesusahannya kepada media sehingga menjejaskan reputasi pihak terbabit.

Kesal dituduh berbohong

Kembang berkata, dia tidak menuduh sesiapa dan menafikan bantuan diterima, cuma apa yang diluahkan hanyalah situasi sebenar yang dihadapi bersama dua anak perempuannya.

Katanya, memang dia menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan, namun wang itu tidak cukup dan bantuan lain seperti wang dana hari raya pula hanya diterima setahun sekali.

"Dua-dua anak mak cik dapat bantuan pakaian sekolah RM200 setahun setiap seorang, tapi bantuan itu mak cik guna beli pakaian sekolah pada awal musim persekolahan dan untuk belanja anak ke sekolah, mak cik hanya bergantung wang bulanan JKM," katanya.

Kembang berkata, memandangkan dia tidak mempunyai pendapatan lain, wang JKM itu juga terpaksa diagihkan untuk membeli keperluan harian seperti beras dan sebagainya.

Menurutnya, walaupun anak perempuannya yang lain sudah berkahwin, mereka juga tidak dapat membantu kerana turut tidak berkemampuan.

“Dua anak mak cik yang masih bersekolah ini tidak berbohong, memang kadangkala mereka tak bawa duit ke sekolah sebab mak cik tak ada duit.

"Takkanlah cerita perkara sebenar pun jadi satu kesalahan. Kenapa sampai begini orang marah mak cik, mungkin mereka tidak memahami dan merasai keperitan mak cik, kalau tak percaya datanglah sendiri tengok keadaan kami,” katanya.

Maidam beri perhatian

Bagaimanapun kisah Kembang mendapat perhatian pihak berwajib apabila Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat  Melayu Terengganu (Maidam) melalui Pegawai Eksekutif Cawangan Dungun, Mohd Amizan Abd Rahman mengadakan lawatan ke rumah ibu tunggal itu yang terletak berhampiran Sungai Dungun.

Amizan berkata, dakwaan pihak tertentu bahawa Kembang sudah mendapat bantuan Maidam tidak tepat dan hasil semakan rekod di pejabatnya, ibu tunggal itu hanya mendapat wang zakat yang diagihkan Maidam setahun sekali.

Menurutnya, sehingga 4 November lalu, tiada sebarang permohonan dibuat oleh mana-mana pihak mewakili Kembang untuk mendapatkan bantuan sara hidup bulanan daripada pihak Maidam seperti didakwa segelintir individu.

"Jika Kembang tidak menyiarkan kisahnya dalam Sinar Harian, Maidam mungkin tidak mendapat sebarang maklumat mengenai kesusahan ibu tunggal ini.

"Selepas meneliti, pihak kami akan berusaha menyalurkan bantuan segera berupa wang tunai antara RM2,000 hingga RM2,500 bagi meringankan sedikit beban Kembang, terutama untuk persediaan menghadapi musim tengkujuh dan persekolahan anak-anaknya hujung tahun nanti," katanya.

Amizan berkata, jika Kembang masih gagal mendapat bantuan bulanan tambahan daripada JKM, pihak Maidam akan mempertimbangkan untuk menyalurkan bantuan tambahan wang sara hidup berjumlah RM450 sebulan kepada wanita itu.

Bagi bantuan rumah pula beliau berkata, Maidam tiada halangan menyalurkan peruntukan bagi membina kediaman untuk warga miskin seperti Kembang, cuma pihaknya memerlukan kebenaran tuan tanah untuk membina rumah tersebut atau jika pemohon memiliki tanah sendiri,  prosesnya lebih mudah dan cepat.

Selain Maidam, Pejabat Kesihatan Dungun turut mengadakan lawatan ke rumah Kembang dan difahamkan mereka berusaha menyalurkan subsidi bekalan air bersih dan kemudahan tandas di rumah Kembang.

Pemuda Umno sedia bantu

Ketua Pemuda Umno Bahagian Dungun, Mohd Asri Mohamad berkata, beliau mewakili sayap parti bersedia menanggung perbelanjaan bagi menyediakan keperluan persekolahan anak Kembang sebelum sesi persekolahan 2014 bermula.

“Pemuda Umno bahagian sedia menanggung mana-mana keperluan sekolah mereka yang tidak cukup, terutama peralatan sekolah.

"Dengan bantuan ini, kita harap dua beradik ini dapat menumpukan perhatian pada pelajaran mereka," katanya.
ReadFull Article ..