Tampilkan postingan dengan label kereta. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kereta. Tampilkan semua postingan

Jumat, 27 Desember 2013

7 Cedera Kereta Api Rempuh Jambatan

7 Cedera Kereta Api Rempuh Jambatan Di Missouri

CHAFFEE – Laluan atas sebuah lebuh raya di tenggara Missouri runtuh awal pagi tadi apabila kereta api yang bertembung dengan kereta api kargo melanggar tiang jambatannya dan mengakibatkan tujuh mangsa cedera.
Syerif Daerah Scott, Rick Walter berkata, ketika kejadian hanya dua kereta berada di laluan atas lebuh raya itu di mama lima mangsa yang berada di dalam kenderaan itu dikejarkan ke Pusat Perubatan Saint Francis, termasuk konduktor kereta api serta juruteranya.
Bagaimanapun, katanya, tujuh individu yang terbabit dalam kemalangan itu dibenarkan pulang pada sebelah petangnya. – AP
ReadFull Article ..

Kamis, 19 Desember 2013

Upah Kren Rampas Kereta Menantu Liat Bayar Hutang


China – Seorang wanita yang marah dengan menantu lelakinya yang sering memberikan pelbagai alasan untuk mengelak daripada membayar hutangnya, telah mengambil langkah ekstrim bagi menyedarkan lelaki.

Wang Qin, telah mengupah kren untuk mengambil kereta menantunya itu, yang terletak di atas balkoni di tingkat atas di bangunan setinggi tiga tingkat itu.

Menurut Wang yang berasal dari Lishui, kereta itu akan dijadikan sebagai cagaran sementara menanti menantunya itu membayar semula hutang tersebut.

Kereta Audi itu akan disimpan di satu tempat yang tidak didedahkannya.

Wang memberitahu, menantunya itu meminjam hampir setengah juta yuan daripadanya, untuk melabur dalam perniagaan.

Namun lelaki itu cuba mengelak daripada bertemu Wang selepas wanita itu berkali-kali memuntut bayaran hutang tersebut.

Akhirnya, jalan terbaik yang difikirkan ialah merampas kereta milik menantunya itu.
ReadFull Article ..