Tampilkan postingan dengan label milik. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label milik. Tampilkan semua postingan
Minggu, 29 Desember 2013
Kristal milik keluarga Nabi Muhammad dilelong
PEMBURU harta karun, Luc Heymans memegang pisau bersalut emas bertulisan Arab yang ditemui di perairan Cirebon dan dilelong pada hari ini.JAKARTA - Sebanyak 24 batu kristal berusia 1,000 tahun yang merupakan antara harta karun yang ditemui dari bangkai sebuah kapal karam di perairan utara Cirebon, Jawa Barat, Indonesia dipercayai milik keluarga Nabi Muhammad SAW pada zaman Dinasti Fatimiyah, lapor beberapa buah akhbar semalam.Menurut Ketua Pengarah PT Paradigma Putra Sejahtera, Adi Agung Tirtamarta, batu tersebut akan dilelong pada hari ini bersama semua harta karun itu."Di dunia, cuma terdapat 40 batu kristal.
Harta karun yang ditemui di Cirebon itu cuma mempunyai 24 batu kristal," kata Adi yang menyewa sebuah kandang kuda di Pamulang untuk dijadikan tempat simpanan harta karun itu yang ditemui oleh sekumpulan nelayan Indonesia pada 2004.Syarikat milik Adi itu mengendalikan lelongan harta karun itu secara pukal dan tidak satu persatu.Harga minimum lelongan itu ialah AS$80 juta (RM254.8 juta).Adi berkata, batu kristal itu dipercayai berasal dari Dinasti Fatimiyah yang merupakan keturunan keluarga anak perempuan Nabi Muhammad SAW iaitu Siti Fatimah dan suaminya, Ali bin Abi Talib.Siti Fatimah merupakan puteri bongsu Nabi Muhammad bersama isteri pertama baginda, Siti Khadijah.Harta karun itu merangkumi 271,000 batu delima, mutiara, emas, batu kristal, barangan kaca Iran dan tembikar Maharaja China berusia 976 Tahun Masihi.
Namun, seorang pegawai di Kementerian Hal Ehwal Maritim Indonesia, Sudirman Saad berkata, pada Isnin lalu tidak ada seorang pun pembida yang telah membayar deposit sebanyak AS$16 juta (RM51.41 juta) atau 20 peratus daripada harga lelongan minimum."Terdapat 20 orang yang berminat untuk menyertai lelongan itu termasuk dari luar negara."Pembida yang berminat itu datang dari Singapura, Beijing, Hong Kong, Malaysia dan Jepun," katanya.Menurutnya, setakat ini, tidak ada pembida yang meletakkan wang deposit tetapi lelongan itu akan tetap diadakan pada hari ini."Jika tidak ada pembeli, lelongan itu akan diadakan buat kali kedua," katanya.Pemerintah Indonesia akan mengambil 50 peratus hasil lelongan manakala bakinya akan dibahagikan di antara pihak yang terlibat menemuinya termasuk pemburu harta karun, Luc Heymans. - Agensi
Share
Senin, 23 Desember 2013
Enggan Urus Jenazah Bapa Hanya Berminat Dengan 10 Unit Rumah Sewa Milik Bapa
Gambar Hiasan
JOHOR BAHRU : Dua anak bukan saja tidak mengendahkan kematian bapa berusia 80 tahun di Pusat Warga Emas Nur Ehsan Kempas di sini, dengan alasan sibuk berpuasa malah hanya datang dua hari kemudian bagi menuntut kad pengenalan arwah kerana warga emas itu dikatakan memiliki 10 unit rumah sewa sekitar bandar raya ini.
Kejadian yang berlaku pada 27Julai lalu didedahkan Pengurus Pusat Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, semalam.
“Dua beradik berusia 40-an dan 50-an terbabit tidak menghiraukan jenazah bapa mereka sebaliknya hanya berminat menuntut dokumen pengenalan diri arwah yang hanya dikenali sebagai Pak Salleh itu.
“Dua beradik terbabit, seorang lelaki serta seorang perempuan dari Kampung Melayu juga Tampoi,” katanya, semalam.
Menurut Norijah, sebelum ini, kedua-dua anak Pak Salleh yang bekerja di syarikat swasta di sekitar bandar raya ini kerap memberi alasan sibuk bekerja hingga tidak dapat mengunjungi warga emas itu atau membawanya pulang setiap Aidilfitri sejak lima tahun lalu. Katanya, dua beradik itu tetap memberi alasan sama ketika pihaknya memaklumkan berkaitan keadaan kesihatan Pak Salleh yang semakin terjejas akibat sakit tua.
“Sebelum ini kami sangka mereka memang sibuk bekerja hingga gagal menjenguk Pak Salleh namun tidak menduga mereka sanggup lepas tangan berkaitan pengurusan pengebumian arwah bapa kandung,” katanya.
Menurut Norijah, Pak Salleh meninggal dunia pada jam 7 petang, 27 Julai lalu sebelum pihaknya menghubungi dua beradik terbabit untuk memaklumkan perkara berkenaan.
“Mereka langsung tidak sayu dengan berita menyedihkan itu sebaliknya menyatakan sedang sibuk berbuka puasa bersama keluarga,” katanya.
Menurut Norijah, dia yang kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab dua beradik itu melaporkan kejadian di Balai Polis Bukit Kempas, namun kedua-dua anaknya masih gagal menguruskan pengebumian Pak Salleh.
“Malah mereka sanggup membayar sejumlah wang kepada kami untuk mengebumikan Pak Salleh,” katanya.
Menurut Norijah, dua hari selepas kematian bapa, anak perempuan arwah mengunjungi pusat jagaan berkenaan menuntut kad pengenalan arwah bapanya kerana mendakwa Pak Salleh memiliki 10 unit rumah sewa dan dokumen itu diperlukan untuk melakukan urusan pindah milik harta di antaranya serta adik lelakinya.
Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian sumbangan kepada Warga Emas Nur Ehsan di Jalan Denai 1, Kempas anjuran Yayasan Lace Motor.
Hadir menyampaikan sumbangan baju dan biskut raya pemilik Yayasan Lace Motor, Datuk Rokiah Omar dan Pengurus Lace Motor, Datuk Yahaya Jaafar.
Sementara itu, anak perempuan warga emas itu ketika dihubungi enggan mengulas berkaitan kejadian menimpa arwah bapanya. – Informasi Dot My
Langganan:
Postingan (Atom)