Jumat, 20 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » Biri Biri Berkaki Lima Tetap Aktif

Biri Biri Berkaki Lima Tetap Aktif


TUMPAT – Berkaki lima tetapi kecacatan itu tidak menghalang anak biri-biri tersebut bergerak aktif dan membesar dengan sihat selepas dilahirkan sebulan lalu.

Keunikan anak biri-biri itu juga menarik perhatian penduduk mengunjungi kediaman Che Hasmah Awang, 48, di Kampung Kubang Raja, Wakaf Bharu di sini.

Che Hasmah berkata, kelahiran anak biri-biri mempunyai lima kaki mengejutkannya kerana itu kali pertama dia melihat kejadian pelik sejak menternak kambing dan biri-biri selama 10 tahun.

“Saya sangkakan umur anak biri-biri ini tidak panjang tetapi nampaknya ia membesar dengan sihat, paling teruja ia cepat membesar berbanding anak biri-biri yang lain. Beratnya sudah mencecah lima kilogram (kg),” katanya.

Che Hasmah berkata, baka biri-biri itu baka kampung yang dibeli dengan kenalannya dan itu merupakan kelahiran kedua ibu biri-biri tersebut.

“Kelahiran pertama, anak biri-biri ini sempurna, kelahiran kedua melahirkan anak biri-biri berkaki lima,” katanya.

Katanya, walau pun dia menjual kambing dan biri untuk akikah dan kenduri, anak biri-biri istimewa itu tidak akan dijualnya.

“Saya akan menjaganya hingga besar dan harap ia dapat membesar dengan sihat,” katanya.

Che Hasmah berkata, sejak kelahiran anak biri-biri itu kandangnya sering dikunjungi orang ramai dan situasi ini diharapkan membawa rezeki kepadanya dalam perniagaan kambing dan biri-biri. – Sinar Harian

Tidak ada komentar:

Posting Komentar