Rabu, 25 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » Radhi OAG Malas Kongsi Cerita Peribadi

Radhi OAG Malas Kongsi Cerita Peribadi


MUNGKIN ramai yang sudah mengetahui vokalis kumpulan OAG, Muhammad Radhi Razali atau Radhi sudah mempunyai kekasih hati yang bernama Nur Shahira Ayu Zahiri, 19.

Sebelum ini, Radhi dilihat rancak berkongsi mengenai hubungan cintanya itu kepada pihak media.

Bagaimanapun, melalui temubual bersama akhbar Harian Metro, penyanyi itu kini mula meletakkan had kepada perkara sebegitu kerana tidak mahu dilabel keterlaluan menjaja cerita peribadinya.

“Saya sendiri malas nak buka cerita hubungan kami. Orang pun sudah tahu, cukuplah. Namun saya faham orang tentu hendak tahu hala tuju hubungan kami. Saya hanya mampu berserah mengenai jodoh.

“Kalau boleh, memanglah nak cepat nikah lagi tapi saya belum bersedia kerana banyak perkara yang perlu didahulukan termasuk mengukuhkan kewangan dan kerjaya dulu,” ujarnya.

Ditanya mengenai soal kerjaya, Radhi bakal muncul dengan album terbaru OAG sekitar awal tahun depan.

Lebih istimewa, pelancaran album itu juga sempena ulang tahun dua dekad Radhi dalam industri hiburan.

Oleh: ELZA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar