Tampilkan postingan dengan label tak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tak. Tampilkan semua postingan
Senin, 10 Maret 2014
“Yang Penting Saya Tak Kahwin Kat Siam”

Selebriti popular yang tidak sudah-sudah dengan kontroversi, Jimmy Shanley masih belum bersedia berterus terang mengenai status dirinya kini sama ada dia bergelar suami orang atau bukan.
“Doa-doakan. InsyaAllah. Hidup saya sekarang lebih teratur…”, kata Jimmy Shanley lantas terus mematikan kata-katanya, ketika ditemui pada majlis pelancaran radio Ultra.FM bertempat di hotel Concorde, Kuala Lumpur, semalam.
Pemilik nama sebenar Jimmy Shanley Norhajan Saleh, 33, ini berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar mendakwa dia sudah berkahwin dengan seorang janda beranak satu.
“Cerita saya sudah berkahwin seperti yang dilaporkan, bukanlah datang dari mulut saya. Tunggulah bila masanya nanti saya akan beritahu. Yang penting, saya tak kahwin kat Siam”, ujarnya yang masih enggan mengesahkan perkara tersebut.
Bagaimanapun, Jimmy berkata dia akan mengadakan satu sidang media dalam masa terdekat ini bagi menjelaskan segala spekulasi yang timbul.
“Saya akan buat sidang media tak lama lagi bagi menjawab segala persoalan. Lagipun banyak hati yang perlu dijaga”, ujarnya sambil cuba terus berahsia.
Dalam pada itu, Jimmy memberitahu pada 12 Disember ini dia perlu menjalani semula proses mahkamah ekoran tuntutan bekas isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, yang mahukan hak penjagaan sepenuhnya ke atas anak mereka.
“Saya ingat semuanya dah selesai tapi rupanya belum lagi. Sebelum ni mahkamah putuskan saya dapat hak penjagaan tiga hari dua malam. Tapi pihak sebelah sana berkeras tuntut hak penjagaan sepenuhnya. Demi anak saya, saya tetap akan lawan”, katanya.
Tambah bapa kepada Zahrah Rania, 2, ini pengalaman lalu cukup mematangkannya. Bahkan dia kini selesa dan gembira dengan ‘kehidupan baru’
“Saya tak malu nak cakap yang dulu tu saya yang gagal. Tapi pengalaman yang saya lalui sebelum ini ajar saya lebih matang dah lebih menghargai hidup saya sekarang.
“Sekarang saya dah move on dan saya rasa adalah lebih baik kalau saya ada keluarga baru. Yang baru ni lebih memahami dan dia seorang wanita bertudung”, katanya. - Malaysian Digest
Selasa, 04 Februari 2014
Najib sepatutnya tak ulang ‘Are you ready for BN ’ setelah dimalukan
(Oleh Arif Juhani)
KUALA LUMPUR 15 FEB: Najib Razak tidak cerdik mengulangi tiga kali ‘Are you ready for BN?’ setelah dijawab ‘No’ ketika soalan itu ditanya kali pertama kepada rakyat Pulau Pinang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Najib patut malu dengan respon negatif oleh rakyat. Beliau sepatutnya berundur dari pentas.
Beliau menyindir Najib yang tanpa segan silu ditolak rakyat terang-terangan pada sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN Pulau Pinang di Kolej Han Chiang, George Town, Isnin lalu.
Dalam insiden memalukan itu, Najib yang berperanan sebagai pengacara pentas, bertanya hadirin berhubung penerimaan mereka terhadap BN dengan mempertaruh populariti Psy yang dibawa dengan kos RM2 juta untuk lapan minit.
Sebaliknya, penonton ketika menjawab soalan Najib sebanyak tiga kali itu, mahu penampilan Psy tetapi terang-terangan menolak BN.
Najib: ‘Are you ready For Psy? (Adakah anda sedia untuk Psy)
Penonton: Yes (Ya)
Penonton: Yes (Ya)
Najib: ‘Are you ready for BN’ (Adakah anda sedia untuk BN?)
Penonton: ‘No’ (Tidak)
Penonton: ‘No’ (Tidak)
Malah, ramai di kalangan penonton memakai baju kuning, hijau dan merah seperti saranan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini.
Ada antara mereka turut makai baju ‘Bersih’ pada majlis itu.
Selepas konsert Psy, Najib sekali lagi dimalukan dan terpaksa meninggalkan pentas selepas Psy tidak keluar apabila dijemput untuk menyertai ‘Yee Sang’ dengan pemimpin BN.
Semalam, BN mereka cerita kononnya Psy tidak turut serta naik ke pentas ketika upacara ‘Yee Sang’ kerana penyanyi Korea itu menerima ancaman nyawa.
Sebelum itu, pemimpin BN terpaksa menyelamatkan maruah Perdana Menteri dengan menuduh penolakan rakyat di majlis itu berpunca dari sabotaj Pakatan Rakyat.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p
Jumat, 31 Januari 2014
Saya tak makan ugut Mazlan jawab Azalina
NORSHIKIN MOHD SALLEH
4 Oktober 2012
4 Oktober 2012
Mazlan Aliman
SENAI – "Saya tak akan minta maaf dan bersedia hadapi sebarang kemungkinan," demikian tegas Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, semalam.
Mazlan berkata demikian menjawab kata dua Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, yang mahu beliau meminta maaf kerana membuat tuduhan melulu terhadapnya berhubung projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang.
“Saya tidak kata dirinya (Azalina) terlibat dalam projek itu. Apa yang saya sebut ialah, selaku Ahli Parlimen, beliau mempunyai alasan dan sebab mengenai pembangunan itu dilakukan di kawasan perkampungan penduduk.
“Saya tidak akan minta maaf. Jika dia rasa ada sebab untuk saman, itu hak dia, hak demokrasi," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurut Mazlan, beliau tidak makan ugut dan akan terus mendedahkan apa sahaja maklumat yang diperoleh.
"Saya bukan budak kecil yang takut, dan ia tidak akan membuatkan saya terhenti untuk terus membuat pendedahan yang saya andaikan satu sandiwara dan lakonan. Saya akan dedahkan pada bila-bila masa,” katanya.
Mazlan turut menjelaskan, beliau telah turun padang ke Pengerang sejak setahun lalu dan berdasarkan maklumat yang diterima menerusi penganalisis dan penyelidik di situ, pembangunan projek yang sama di Kertih, Terengganu dan Bintulu, Sarawak perlu dicontohi kerana tidak mengorbankan penempatan penduduk kampung.
“Ditegaskan, saya tidak menolak pembangunan, namun projek itu jelas dibangunkan di kawasan yang mempunyai penduduk, bukan di Kampung Abdul Ghani Othman, yang tanahnya milik kerajaan,” katanya.
Kelmarin, Azalina berkata, tuduhan Mazlan berniat jahat dan berunsur fitnah dan beliau akan fail saman terhadapnya dan mana-mana portal yang menyokong kenyataan pemimpin Pas itu berhubung isu projek Rapid.
“Tuduhan yang dia (Mazlan) buat di depan rakyat Pengerang seolah-olah saya yang harus bertanggungjawab. Bagi saya itu adalah niat jahat dan saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengkaji teks ucapannya,” katanya.sinar harian
Langganan:
Postingan (Atom)