Tampilkan postingan dengan label ugut. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ugut. Tampilkan semua postingan
Jumat, 31 Januari 2014
Saya tak makan ugut Mazlan jawab Azalina
NORSHIKIN MOHD SALLEH
4 Oktober 2012
4 Oktober 2012
Mazlan Aliman
SENAI – "Saya tak akan minta maaf dan bersedia hadapi sebarang kemungkinan," demikian tegas Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, semalam.
Mazlan berkata demikian menjawab kata dua Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, yang mahu beliau meminta maaf kerana membuat tuduhan melulu terhadapnya berhubung projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang.
“Saya tidak kata dirinya (Azalina) terlibat dalam projek itu. Apa yang saya sebut ialah, selaku Ahli Parlimen, beliau mempunyai alasan dan sebab mengenai pembangunan itu dilakukan di kawasan perkampungan penduduk.
“Saya tidak akan minta maaf. Jika dia rasa ada sebab untuk saman, itu hak dia, hak demokrasi," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurut Mazlan, beliau tidak makan ugut dan akan terus mendedahkan apa sahaja maklumat yang diperoleh.
"Saya bukan budak kecil yang takut, dan ia tidak akan membuatkan saya terhenti untuk terus membuat pendedahan yang saya andaikan satu sandiwara dan lakonan. Saya akan dedahkan pada bila-bila masa,” katanya.
Mazlan turut menjelaskan, beliau telah turun padang ke Pengerang sejak setahun lalu dan berdasarkan maklumat yang diterima menerusi penganalisis dan penyelidik di situ, pembangunan projek yang sama di Kertih, Terengganu dan Bintulu, Sarawak perlu dicontohi kerana tidak mengorbankan penempatan penduduk kampung.
“Ditegaskan, saya tidak menolak pembangunan, namun projek itu jelas dibangunkan di kawasan yang mempunyai penduduk, bukan di Kampung Abdul Ghani Othman, yang tanahnya milik kerajaan,” katanya.
Kelmarin, Azalina berkata, tuduhan Mazlan berniat jahat dan berunsur fitnah dan beliau akan fail saman terhadapnya dan mana-mana portal yang menyokong kenyataan pemimpin Pas itu berhubung isu projek Rapid.
“Tuduhan yang dia (Mazlan) buat di depan rakyat Pengerang seolah-olah saya yang harus bertanggungjawab. Bagi saya itu adalah niat jahat dan saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengkaji teks ucapannya,” katanya.sinar harian
Senin, 30 Desember 2013
Pengganas Sulu Ugut Akan Datang Balas Dendam
KITA terima ugutan dari Pengganas Sulu? Kita bertuah kerana pasukan keselamatan Malaysia sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang ancaman. Pengganas Sulu dikatakan mengugut akan memasuki kawasan Tambunan di Sabah, pada bulan depan.
Memetik laporan Berita Harian Online, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
“Jangan cuba mengugut kami, Bukan sekadar polis dan tentera, malah seluruh rakyat Malaysia akan bangun menentang pengganas Sulu,” kata Dr Ahmad Zahid selepas menyampaikan sumbangan Ihsan Ramadan kepada 455 orang miskin dan Orang Kelainan Upaya (OKU) di Bagan Datoh, semalam.
Amaran Ahmad Zahid itu susulan siasatan Polis Sabah terhadap surat didakwa ditulis militan Sulu yang mendakwa mereka akan datang ke Tambunan, Sabah, untuk membalas dendam terhadap insiden yang berlaku di Lahad Datu, Februari lalu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dilaporkan berkata, polis sudah mengesan sumber surat itu walaupun ia disyaki tiada kaitan dengan pencerobohan militan Sulu di Lahad Datu.
Ahmad Zahid berkata, ada juga khabar angin kononnya bekas Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari juga akan datang ke Sabah bagi tujuan sama.
“Jangan dengar sebarang khabar angin. Tidak ada orang nak bagi ugutan atau nak masuk (negara ini) beritahu lebih awal. Jika benar mereka hendak masuk awal dalam Ogos… Julai kita sudah tunggu.
“Kita ingin beri peringatan kepada Nur Misuari, jangan jadikan bumi Malaysia sebagai tempat tumpah darah seperti berlaku di Mindanao, Filipina. Itu soal dia,” katanya.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan rakyat Sabah jangan memandang ringan ancaman berkenaan kerana pengganas Sulu memang terkenal budaya balas dendam. – Sumber BH
OLEH : IBNU K
Langganan:
Postingan (Atom)