Sabtu, 08 Maret 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » » DAP Bantuan Putrajaya bukti Syabas punca masalah air

DAP Bantuan Putrajaya bukti Syabas punca masalah air


February 04, 2013
Pua berkata bantuan-bantuan seperti itu adalah jelas menunjukkan kegagalan Syabas menguruskan sumber air negeri. – Gambar fail
 
KLUALA LUMPUR, 4 Feb—Bantuan tambahan sebanyak RM120 juta kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) oleh kerajaan Pusat membuktikan krisis air di Selangor adalah berpunca daripada kegagalan Syabas menyelenggara infrastuktur mereka, kata Tony Pua hari ini.

Ketua Publisiti DAP Kebangsaan itu dalam satu kenyataan hari ini menegaskan, masalah air yang berlarutan sejak berbulan lamanya di negeri terkaya itu bukanlah berpunca daripada kekurangan bekalan air mentah, sebaliknya ketidak upayaan Syabas menyelenggara kilang rawatan air mereka, termasuk membaiki paip lama yang rosak.

“Ia membuktikan krisis itu berpunca daripada kegagalan Syabas mengurus dan menyelenggara loji rawatan air mereka, membina takungan air terawat tambahan, termasuk memperbaiki dan mengantikan paip lama dan usang,” kata Tony Pua.

“Dengan RM120 juta bagi tujuan itu, ia menunjukkan krisis air itu boleh dielakkan jika Syabas melabur dana sendiri bagi tujuan tersebut,” kata ahli Parimen Petaling Jaya Utara itu lagi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hujung minggu lalu mengumumkan bantuan sejumlah RM120 juta kepada Syabas, walaupun syarikat pengurursan bekalan air itu sebelum ini telah menerima peruntukan sebanyak RM606 juta.

Pua turut menegaskan kedua-dua kerajaan negeri dan Pusat tidak mempunyai tanggungjawab untuk memberikan bantuan kewangan kepada Syabas bagi menaik taraf infrastruktur mereka seperti terkandung dalam perjanjian konsesi air.
“Bantuan RM120 juta kepada Syabas bukanlah geran daripada kerajaan Pusat untuk membantu rakyat di negeri ini, tetapi skim untuk ‘bail-out’ Syabas.”

Beliau menjelaskan, setakat ini kerajaan Pusat telah memberikan pinjaman mudah tanpa faedah kepada Syabas sebanyak RM320.8 juta dan tempoh dilanjutkan sehingga 20 tahun pada 2009, tambahan 20 tahun daripada RM110 juta pinjaman pada Oktober 2011, dan kemudiannya mengambil alih bond Syabas bernilai RM2.9 bilion.

“Sehingga ke hari ini, kementerian tenaga, teknologi hijau, dan air Datuk Peter Chin belum memaklumkan sama ada Syabas telah membayar walau satu sen pun daripada RM2.9 bilion bond itu. “Daripada jumlah itu, kerajaan BN (Barisan Nasional) telah memberikan ‘bail-out’ kepada Syabas sehingga mencecah RM3.41 bilion,” tegas Pua.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim  semalam berkata bantuan RM120 juta yang diumumkan Najib itu tidak akan menyelesaikan krisis air yang melanda negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) itu.

Tambahnya, bantuan-bantuan seperti itu adalah jelas menunjukkan kegagalan Syabas menguruskan sumber air negeri, yang mana pengambil alihan syarikat pemegang konsesi itu oleh kerajaan negeri merupakan langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut air di Selangor.
Khalid juga sebelum ini mengumumkan kerajaan negeri pimpinannya akan membeli Syabas dan syarikat konsesi air yang lain di negeri itu bagi meneruskan polisi air murah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar