Selasa, 04 Maret 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » Jennifer Aniston Tangguh Kahwin Sekali Lagi

Jennifer Aniston Tangguh Kahwin Sekali Lagi


BIARPUN sudah bertunang sejak tahun 2012, belum ada sebarang tanda pelakon terkenal, Jennifer Aniston akan mendirikan rumahtangga dengan pasangannya, Justin Theroux.

Terbaru, dia dikatakan menangguhkan rancangan perkahwinannya dan ini bukanlah kali pertama Jennifer berbuat demikian.

Jika sebelum ini penangguhan itu disebabkan pengubahsuaian kediaman mereka di Bel Air, kali ini ia disebabkan pelakon itu ingin kembali fokus dengan kariernya.

Dia juga dikatakan sudah tidak mahu memikirkan perihal bayi kerana peningkatan usia menjadikan harapannya untuk mengandung semakin menipis.

Selain itu, ramai yang membuat spekulasi bahawa Justin curang dengan Jennifer kerana dilihat berpelukan dengan seorang wanita misteri di sebuah parti tanpa kehadiran pelakon itu.

Bagaimanapun, sumber terdekat memberitahu berita itu hanyalah rekaan semata-mata kerana wanita itu sebenarnya isteri kepada penyanyi Sting dan rakan lama Justin.

“Itu hanyalah pelukan selamat tinggal selepas parti berakhir. Dia sentiasa bersama Jennifer dan sangat mencintai antara satu-sama lain,” ujarnya.

Oleh: ELZA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar